SUKAN › BERITA





Kami Cukup Bersedia Berdepan Malaysia - Jurulatih Korea Utara


Tarikh kemaskini: 09/11/2017


Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

BURIRAM, 9 Nov (Bernama) -- Jurulatih Korea Utara Jorn Andersen memberi amaran kepada Malaysia supaya tidak terlalu melihat kepada kekalahan 0-5 pasukan itu kepada Lubnan pada aksi kelayakan Piala Asia 2019, Oktober lepas, dan perlu bersedia menerima tentangan sengit apabila kedua-dua pasukan bertemu, esok.

Jurulatih kelahiran Norway itu berkata kekalahan tersebut adalah berikutan prestasi buruk ditampilkan anak buahnya, dan beliau yakin keputusan memalukan itu tidak akan berulang apabila berdepan Malaysia, esok dan Isnin ini.

"Kekalahan 0-5 kepada Lubnan kerana pemain mempamerkan prestasi yang buruk, namun kita sudah bersedia tiga kali untuk bertemu Malaysia (berikutan ditangguhkan), dan kita akan mendapat keputusan yang diingini," katanya kepada pemberita menjelang perlawanan itu, di Stadium i-mobile di sini, hari ini.

Beliau berkata ekoran penangguhan yang lama itu, pasukannya cukup bersedia melalui latihan diadakan itu, menonton video perlawanan melibatkan Malaysia dan merencanakan taktik mereka untuk menghadapi perlawanan tersebut.

Andersen percaya anak buahnya cukup bersedia menghadapi perlawanan menentang Malaysia itu.....