SUKAN › BERITA





Terengganu FA Risik Dua Pemain


Tarikh kemaskini: 09/11/2017

KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Bernama) -- Terengganu FA sedang 'merisik' dua pemain tempatan bagi memperkukuh pasukan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Ketua Jurulatih Irfan Bakti Abu Salim berkata kedua-dua pemain telah dikenal pasti tapi identiti mereka masih dirahsiakan.

"Saya tidak boleh berkata lebih pasal identiti pemain berkenaan tapi satu daripada mereka datang dari pasukan utara dan satu lagi pantai timur Semenanjung... kita bukan ingin berahsia sangat tetapi biarlah ia selesai dahulu dan kita akan mengumumkan siapa mereka ini.

"Kita terpaksa cari dan ikat pemain tempatan terutamanya lebih awal kerana sedar dengan jumlah pemain bagus di Malaysia ini agak terhad... selebihnya baru kita akan isi kekosongan tersebut dengan pemain import," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Irfan turut mengesahkan skuad berkenaan menggugurkan tiga pemain import iaitu Issey Nakajima Farran, Lazaro Vinicius, Gabriel Dos Santos dan beberapa tonggak utama termasuk Mohd Ferris Danial, Ezaidy Khadar, Mohd Ridzuan Abdunloh dan Firdaus Faudzi.....