SUKAN › BERITA





Terengganu Sahkan Tempat Ke Slot Separuh Akhir


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

IPOH, 8 Nov (Bernama) -- Terengganu mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak ke-55 selepas mengalahkan Kuala Lumpur 3-2 di Stadium Sultan Azlan Shah di sini malam ini.

Dengan kemenangan pada malam ini Terengganu menjuarai Kumpulan A Divisyen 1, kejohanan itu.

Terengganu yang bermula perlahan pada awal permainan dikejutkan dengan dua gol pasukan lawan menerusi jaringan padang Muhammad Shahril Saabah pada minit kesembilan dan Muhammad Amirol Aidid minit ke-15.

Peluang Terengganu untuk merapatkan kedudukan muncul selepas dihadiahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-20, yang disempurnakan oleh Faizal Shaari.

Pada minit ke-41 Mohd Fitri Shaari menjaringkan satu lagi gol buat pasukannya untuk menyamakan kedudukan.....