SUKAN › BERITA





Sasaran Lima Terbaik Liga Super Nanti Pengendali Melaka United


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

MELAKA, 8 Nov (Bernama) -- Setelah berjaya memastikan Melaka United (MU) terus kekal beraksi dalam Liga Super, Ketua Jurulatihnya Eduardo Almeida kini diberi sasaran untuk berada dalam kelompok lima terbaik Liga Super pada musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusof Mahadi berkata sasaran itu merupakan salah satu daripada tiga sasaran diletakkan MU kepada Almeida, yang mana dua lagi ialah mara ke separuh akhir Piala Malaysia dan memperbaiki prestasi pasukan dalam saingan Piala FA.

Beliau berkata dalam memastikan sasaran itu mampu dicapai jurulatih kelahiran Portugal itu perlu membawa perubahan besar kepada skuad negeri Hang Tuah itu dan MUSA akan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Almeida bagi membuat pemilihan pemain, jurulatih serta pegawai teknikal.

"Kita beri kebebasan untuk beliau membentuk pasukan MU dengan acuan sendiri. Namun pada masa yang sama beliau perlu capai sasaran yang telah kita tetapkan untuk musim hadapan," kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada musim ini, MU berjaya menduduki tempat kelapan dalam Liga Super, layak peringkat suku akhir Piala Malaysia dan terkandas pada pusingan kelayakan Piala FA.....