SUKAN › BERITA





Perak Kekal Kedudukan Teratas Kumpulan B


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

IPOH, 7 Nov (Bernama) -- Perak mengekalkan kedudukan teratas Divisyen 1, Kumpulan B Kejohanan Hoki Piala Razak ke-55 walaupun sekadar seri 2-2 menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Sultan Azlan Shah di sini, malam ini.

Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di hadapan menerusi pukulan penalti Baljit Singh Sarjab Singh pada minit ke-16 selepas Muhammad Razie Abd Rahim dikasari dalam kotak penalti.

Tersentak dengan jaringan itu, pemain Perak menggandakan usaha dan berjaya menyamakan kedudukan hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-36.

Seminit sebelum tamat suku ketiga permainan, PDRM dihadiahkan pukulan sudut penalti dan Muhammad Razie memanfaatkan peluang tersebut untuk menewaskan penjaga gol Perak, Roslan Jamaluddin untuk kedudukan 2-1 berpihak kepada pasukan pelawat.

Kegembiraan pasukan PDRM, bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Muhamad Akmal Mohd Tajuddin menyamakan kedudukan pada minit ke-54, dan keputusan 2-2 itu kekal sehingga tamat permainan.....