SUKAN › BERITA





Tiga Pemimpin KFA Sedia Lepas Jawatan


Tarikh kemaskini: 07/11/2017

ALOR SETAR, 7 Nov (Bernama) -- Tiga pemimpin Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedia melepaskan jawatan sekiranya mendapat persetujuan Presidennya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, bagi memberi peluang kepada 'orang bukan politik' menerajui persatuan itu.

Mereka ialah Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar dan dua Naib Presiden KFA iaitu Datuk Badrol Hisham Hashim dan Datuk Othman Aziz.

Aminudin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jitra, berkata beliau bersetuju dengan saranan Pemuda UMNO Kedah supaya individu memegang jawatan politik dalam persatuan itu meletak jawatan kerana menganggap ia satu cadangan positif.

"Saya melihat ia demi kebaikan bola sepak Kedah dan menjaga nama baik pemimpin politik yang sering dipersalahkan apabila timbul sesuatu masalah seperti isu tiket final baru-baru ini...demi mengambil kira kemahuan penyokong setia Hijau Kuning, saya sedia meletak jawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menggesa Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah, mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden KFA serta merta.....