SUKAN › BERITA





Terengganu Berpesta Gol Dahului Carta Kumpulan


Tarikh kemaskini: 07/11/2017

IPOH, 6 Nov (Bernama) -- Juara bertahan, Terengganu kembali mendapat rentak kemenangan untuk mempertahankan gelaran apabila membelasah Melaka 6-1 pada perlawanan kedua Divisyen 1 Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Razak ke-55 di Stadium Sultan Azlan Shah di sini, malam ini.

Selepas sekadar mengutip satu mata pada perlawanan pertama, Terengganu terlebih dahulu menyumbat gol ke gawang lawan menerusi gol padang Muhammad Amirul Mirza Rozi pada minit ketujuh sebelum Faizal Saari menghasil gol padang pada minit ke-28 dan gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-38.

Tertekan dengan kedudukan itu, Melaka dilihat cuba bangkit untuk mendapat gol penyamaan namun setiap percubaan berjaya dipatahkan pemain pertahanan Terengganu.

Gol keempat Terengganu pada minit ke-44 menerusi gol padang Mohd Fitri Saari meletakkan pasukan itu di kedudukan selesa sebelum tamat suku ketiga perlawanan.

Cuba bangkit daripada dimalukan, Ismail Abu menghadiahkan gol tunggal buat Melaka pada minit ke-47, namun belum pun sempat meraikan gol tersebut Muhammad Amirul Mirza meranapkan impian Melaka pada minit sama denga gol padang.....