SUKAN › BERITA





Fun Run 2017 Di Menara MAINS 19 Nov


Tarikh kemaskini: 06/11/2017

SEREMBAN, 6 Nov (Bernama) -- MAINS Urusharta Sdn Bhd buat julung kali akan menganjurkan Fun Run 2017 di Menara MAINS di sini, pada 19 Nov ini.

Pengelola larian berkenaan, Mior Ridwan Ahmad Shafidi berkata selain mempromosi Menara MAINS, larian itu juga bertujuan untuk beriadah dan pada masa sama menggalakkan gaya hidup sihat.

"Kita menggalakkan penyertaan bersama keluarga dan pelajar. Jarak larian sejauh 5km dan 10km. Tujuh kategori dipertandingkan ialah bawah 12 tahun untuk 5km, bawah 18 tahun lelaki dan wanita (10km), terbuka lelaki dan wanita (10km) serta veteran lelaki dan wanita (10km)," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata acara larian itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM12,000 serta pingat.

Borang penyertaan boleh didapati dengan melayari laman sesawang https://goo.gl/Pgbbvf.....