SUKAN › BERITA





Korea Utara Bawa Misi Tinggal Politik Di Luar Padang


Tarikh kemaskini: 05/11/2017


Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

BANGKOK, 5 Nov (Bernama) -- Pasukan bola sepak Korea Utara yang tiba di sini lewat malam tadi mahu meninggalkan soal politik di luar padang sebaliknya mahu menumpukan perhatian untuk mengumpul tiga mata penuh ketika menentang Malaysia dalam Kumpulan B Kelayakan Piala Asia (AFC Cup) 2019 di Buriram pada 10 dan 13 Nov ini.

Kecewa dengan pertukaran venue perlawanan dari Pyongyang ke Thailand, pengurus Korea Utara yang berbangsa Norway, Jorn Andersen berkata pemainnya tidak akan membiarkan politik menyekat mereka dari memperoleh keputusan terbaik.

"Saya tidak mahu politik dan sukan dicampur aduk. Kami adalah ahli sukan dan kami bermain bola sepak. Kami perlu mengetepikan sukan (daripada politik) dan bermain secara adil menentang Malaysia," katanya kepada Bernama setiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dari Beijing.

Beliau berkata moral pemainnya juga baik dan bersedia dengan tugas yang diberikan.

Perlawanan Malaysia-Korea Utara telah ditangguh selama sembilan bulan sejak Mac lalu ekoran hubungan diplomatik yang terjejas susulan pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Februari lalu.....