SUKAN › BERITA





Kasma Daniel Raih Tiket Wild Card Pada MotoGP Malaysia


Tarikh kemaskini: 13/10/2017

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pelumba meningkat naik Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin meraih tiket wild card pada saingan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2017, yang akan berlangsung akhir bulan ini.

Pelumba berusia 17 tahun itu, yang kini bersaing dalam Kejohanan Moto3 FIM CEV Repsol akan menyertai kategori Moto3 pada perlumbaan di Litar Sepang itu dari 27 hingga 29 Okt.

"Kita baru menerima senarai penyertaan daripada Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) minggu lepas. Sukacita kami mengumumkan dalam senarai itu, nama Kasma Daniel didaftarkan sebagai pelumba wild card untuk MotoGP Malaysia kategori Moto3,"kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali.

Beliau berkata dengan penyertaan sebagai pelumba wild card, pelumba pasukan Petronas Yamaha Maju Motor, akan mendapat lebih pendedahan dan menjadi kayu pengukur kepada pelumba Malaysia yang lain dalam kejohanan tempatan untuk bersaing di kejohanan dunia.

"Berdasarkan apa yang saya dengar, Kasma Daniel adalah pelumba hebat dalam Kejohanan Cub Prix dan Kejohanan Road Racing Asia (ARRC). Namun, bila anda mula bersaing dalam kejohanan dunia, ia sama sekali berbeza.....