SUKAN › BERITA





Lee Ka Tung Tekad Pertahan Gelaran Kejohanan Golf Grand Sarawak


Tarikh kemaskini: 12/10/2017

KUCHING, 12 Okt (Bernama) -- Juara bertahan, Lee Ka Tung daripada Kelab Golf Sibu (SGC) tekad menampilkan sepenuh kemampuannya untuk mempertahankan gelaran pada Kejohanan Golf Grand Sarawak Keempat 2017 di Kelab Golf and Country Damai (DGCC) dari 13 hingga 15 Okt ini.

Pemain handicap rendah berusia 47 tahun itu, merangkul kejuaraan tersebut berturut-turut sejak kejohanan berkenaan diperkenalkan Persatuan Golf Sarawak (SGA) pada 2014.

Pada edisi tahun ini, kejohanan tersebut telah menarik penyertaan dari Sabah dan Brunei, termasuk pemain terbaik dari Sibu, Miri dan Bintulu.

"Kejohanan ini semakin mencabar kerana ramai pemain yang mengintai peluang untuk merangkul kejuaraan tersebut, malah terdapat juga banyak pemain meningkat naik pada edisi kali ini,"kata Lee yang datang lebih awal ke Kuching bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan selama tiga hari itu.

Beliau berkata kejohanan di DGCC itu adalah kedua baginya tahun ini, selepas memenangi pusingan Sarawak pada Kejohanan Golf Astro Masters 2017 yang berlangsung akhir bulan lepas.....