SUKAN › BERITA





Lebih Banyak Inisiatif Untuk Tingkatkan Bola Sepak Negara - McMahon


Tarikh kemaskini: 07/10/2017

GEORGE TOWN, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu melakukan lebih banyak inisiatif untuk mencari bakat muda bola sepak, kata bekas pemain tengah Liverpool dan Machester City, Steve McMahon.

Beliau berkata pada masa ini, tiada peluang yang cukup untuk anak muda Malaysia mempamerkan potensi mereka selain kurangnya infrastruktur bola sepak yang sesuai di peringkat akar umbi.

"Kita memerlukan lebih banyak peluang seperti program 'Million Dollar Feet' (MDF) bagi menyediakan platform kepada mereka menonjolkan potensi sebenar dalam sukan bola sepak, khususnya pada usia muda kerana pembangunan belia sangat penting dalam mewujudkan bola sepak negara terbaik,"katanya kepada pemberita di sini hari ini.

McMahon yang juga ketua jurulatih MDF berkata belia di sini sangat bersemangat terhadap bola sepak dan sanggup berlatih bersungguh-sungguh bagi membolehkan mereka bermain pada peringkat antarabangsa, namun kurangnya infrastruktur dan jurulatih menjadi halangan utama.

Sebelum ini, pasukan bola sepak Malaysia dilaporkan berada di kedudukan ke-166 oleh badan pentadbiran bola sepak antarabangsa, FIFA.....