SUKAN › BERITA





Malaysia Raih Tiga Emas Di Kejohanan Boling Padang Asia


Tarikh kemaskini: 07/10/2017

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Skuad Malaysia beraksi cemerlang apabila mengutip tiga pingat emas dan satu gangsa pada Kejohanan Boling Padang Asia ke-12 di New Delhi, India.

Siti Zalina Ahmad merangkul pingat emas acara perseorangan wanita menewaskan pencabarnya dari Singapura 21-14 pada Jumaat.

Turut meraih pingat emas adalah gandingan Muhammad Hizlee Abdul Rais-Fairul Izwan dalam acara berpasangan lelaki mengalahkan pasukan Brunei 20-19

Sementara Auni Fathiah Kamis, Nur Ain Nabilah Tarmizi, Zuraini Khalid dan Azlina Arshad menerusi acara wanita empat berpasukan menewaskan pesaing mereka dari Hong Kong 20-10.

Mohammad Soufi Rusli, Zulhilmie Redzuan dan Mohammad Syamil Syazwan Ramli, pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa acara berpasukan tiga lelaki selepas tewas kepada pasukan India pada peringkat separuh akhir.

-- BERNAMA.....