SUKAN › BERITA





Piala Malaysia: PAFA Harap Ribuan Penonton Banjiri Stadium Perak


Tarikh kemaskini: 07/10/2017

IPOH, 7 Okt (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) meminta puluhan ribu penyokong membanjiri Stadium Perak di sini 15 Okt nanti bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Setiausaha Kehormat PAFA, Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata meskipun ada kalangan penyokong kecewa kerana tarikh perlawanan dilewatkan sehari daripada tarikh asal, namun ia bukan kekangan untuk mereka terus memberikan sokongan kepada skuad The Bos Gaurus.

"Saya percaya penyokong Perak sudah semakin matang dan tidak akan terbawa-bawa dengan konflik berkaitan tarikh aksi separuh akhir pertama yang sebelum ini agak menimbulkan kontroversi.

"Bagi PAFA sendiri, kita harap soal tarikh ini tidak dipanjangkan lagi dan paling utama kita nak kejayaan dapat dihasilkan dengan bantuan sokongan daripada para peminat," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Pada 3 Okt lepas, Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) memuktamadkan 15 Okt ini sebagai tarikh bagi aksi separuh akhir pertama membabitkan kedua-dua pasukan itu.....