SUKAN › BERITA





Li Intai Keputusan Positif Pada Penampilan Sulung Di Klasik CIMB


Tarikh kemaskini: 06/10/2017

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pemain muda China, Li Haotong tekad untuk meraih keputusan positif dalam penampilan sulungnya pada Kejohanan Golf Klasik CIMB yang akan berlangsung di TPC, Bukit Kiara selama empat hari bermula 12 Okt ini.

Pemain berusia 22 tahun itu yang mencatat keputusan membanggakan di tempat ketiga pada Kejohanan Terbuka, Julai lepas, mengintai peluang untuk menyamai pencapaian tersebut pada Klasik CIMB yang merupakan satu-satunya kejohanan Jelajah PGA di rantau ini.

"Saya sangat teruja diberi peluang bersaing pada Klasik CIMB dalam Jelajah PGA. Saya dimaklumkan kejohanan ini sangat berprestij danTPC Kuala Lumpur adalah venue hebat dengan kemudahan yang baik kepada pemain," kata Li seperti dipetik dalam laman web Jelajah Asia, www.asiantour.com.

Justeru, Li berkata keputusan positif di Klasik CIMB akan membolehkan beliau mengumpul mata berharga dalam misinya berada di kedudukan 50 teratas dalam ranking dunia.

"Dengan mata FedExCup yang banyak serta mata dalam Ranking Rasmi Golf Dunia, ia adalah penting bagi saya memperbaiki ranking kerana matlamat saya untuk berada di kedudukan 50 teratas di dunia menjelang akhir tahun ini.....