SUKAN › BERITA





APG: Juara Bertahan Thailand Sedar Ancaman Malaysia


Tarikh kemaskini: 14/09/2017

SEPANG, 13 Sept (Bernama) -- Juara bertahan, Thailand, menyedari tentang ancaman daripada tuan rumah, Malaysia, yang ingin merampas gelaran juara keseluruhan Sukan Para ASEAN (APG), apabila sukan dwitahunan itu berlangsung dari 17 hingga 23 September.

Chef de missionnya, Pitak Polkhan, mengakui hakikat bahawaThailand akan menghadapi cabaran sengit daripada Malaysia untuk mempertahankan mahkota juara keseluruhan pada edisi kesembilan temasya sukan yang diadakan untuk atlet kelainan upaya itu.

Kecuali pada edisi sulung apabila tuan rumah, Malaysia, menjadi juara keseluruhan pada 2001 dan Indonesia muncul sebagai juara pada 2013 di Myanmar, Thailand menjadi juara keseluruhan bagi enam edisi lainnya.

Tahun ini, Thailand menghantar kontinjen 291 anggota setelah membuat persiapan sejak Mac.

"Disebabkan kekangan di segi bajet, kami hanya mampu membuat persiapan mulai Mac. Kami akan cuba untuk muncul sebagai juara keseluruhan sekali lagi, tapi saya tidak dapat mendedahkan jumlah pingat yang kami sasarkan,"katanya kepada pemberita ketika ditemukan semasa ketibaan kontinjen negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.....