SUKAN › BERITA





Pasukan Renang Singapura Tiba Jumaat


Tarikh kemaskini: 14/08/2017

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pasukan renang Singapura ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akan hanya tiba di Malaysia pada Jumaat (18 Ogos), demikian menurut penjelasan Majlis Olimpik Kebangsaan republik itu hari ini.

Bernama telah menyiarkan berita awal hari ini bahawa media Malaysia menanti ketibaan pasukan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menunggu-nunggu untuk menemubual bintang perenang mereka Joseph Schooling yang memenangi pingat emas di Rio Olympics tahun lepas.

Difahamkan beberapa orang anggota pasukan renang itu akan tiba bersama pasukan polo air negara itu yang tiba di KLIA hari ini.

-- BERNAMA.
.....