SUKAN › BERITA





Malaysia Tewaskan Mongolia 7-1 Dalam Perlawanan Persahabatan Futsal


Tarikh kemaskini: 13/08/2017

SHAH ALAM, 13 Ogos (Bernama) -- Jurulatih skuad futsal lelaki negara Chiew Chun Yong berpuas hati dengan prestasi anak buahnya menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) minggu depan dengan kemenangan 7-1 ke atas Mongolia dalam aksi persahabatan kedua di Kompleks Sukan Panasonic di sini malam ini.

Beliau bagaimanapun berkata terdapat banyak lagi kelemahan taktikal yang wajar diperbaiki sebelum Malaysia menggalas cabaran pada temasya dwitahunan itu untuk berhadapan dengan pasukan mantap seperti Thailand dan Vietnam.

"Walaupun saya berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pasukan futsal Malaysia hari ini, namun aspek taktikal seperti hantaran bola dan rentak pantas permainan perlu diperbaiki,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Acara futsal KL2017 akan bermula 18 hingga 27 Ogos ini.

Pada perlawanan persahabatan itu, gol Malaysia dijaringkan Mohd Ridzwan Bakri dan Mohd Azwann Ismail dengan masing-masing menyumbang dua gol, manakala masing-masing satu gol dijaringkan oleh Muhd Awaluddin Hasan, Muhammad Azri Rahman dan Yazid Kamaruzuan.....