SUKAN › BERITA





Sirkit SportExcel Jadi Platform Gilap Bakat Dalam Golf - Tunku Imran


Tarikh kemaskini: 18/07/2017


KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- SportExcel akan terus berusaha menarik kanak-kanak sekolah untuk mengambil bahagian dalam sukan golf pada usia muda melalui Sirkit Golf Remaja yang diperkenalkan sejak 2001.

"Sirkit golf SportExcel sentiasa mendapat perhatian ibu bapa yang mahu anak mereka membangunkan bakat dalam sukan golf,"kata pengerusinya Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar ketika ditemui pemberita pada majlis 'hi-tea' untuk meraikan 11 pemain golf remaja di Kelab Diraja Selangor di sini hari ini.

Sebelas pemain tersebut, peserta tetap sirkit SportExcel, berjaya mendapat biasiswa penuh untuk meneruskan penyertaan dalam sukan itu serta mengikuti program ijazah di kolej-kolej di Amerika Syarikat, bermula September.

"Para pemain remaja ini amat terhutang budi kepada SportExcel kerana memberi peluang kepada mereka untuk membangunkan bakat dalam golf selama ini,"kata Tunku Imran, yang juga presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Menurut Tunku Imran, setiap daripada mereka telah mengambil bahagian dalam kira-kira 80 hingga 100 kejohanan SportExcel sejak di awal usia tujuh hingga 17 tahun.....