SUKAN › BERITA





Ng Yan Yee/Nur Dhabitah Raih Tempat Ke-6 Di Budapest


Tarikh kemaskini: 18/07/2017

KUALA LUMPUR, 17Julai Bernama) -- Pasangan penerjun negara Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri sekadar menduduki tangga keenam acara terjun 3m papan anjal seirama Kejohanan Akuatik Dunia, di Budapest, Hungary.

Gandingan negara itu mengutip 288.72 mata selepas melengkapkan lima terjunan pada peringkat akhir.

Kedua-dua mereka melakukan terjunan konsisten apabila menduduki tangga keempat pada terjunan keempat apabila meraih 68.82 mata namun gagal meneruskan rentak apabila sekadar memperolehi 55.80 mata pada terjunan terakhir.

Terdahulu, Yan Yee-Nur Dhabitah menduduki tangga kelima dengan 291.54 mata, pada pusingan kelayakan.

Pingat emas dimenangi gandingan dari China, Shi Tingmao-Chang Yani dengan 333.30 mata, diikuti pasangan dari Canada, Melissa Citrini Beaulieu-Jennifer Abel dengan 323.43 mata.....