SUKAN › BERITA





Sukan SEA: Venue Luncur Ais Diuji Julai


Tarikh kemaskini: 19/06/2017

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Pembinaan Empire City Mall, venue yang bakal menganjurkan acara luncur ais dan hoki ais pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur, kini dalam fasa akhir dan boleh diuji seawal bulan depan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang melawat venue berkenaan, berkata pembinaan permukaan ais bernilai RM30 juta oleh Mammoth Empire Holdings Sdn Bhd (MEH) itu, kini dalam proses melicinkan permukaan ais sebelum atlet negara memulakan latihan dalam masa terdekat.

"Dengan hanya 60 hari sebelum bermula Sukan SEA 2017, venue ini sudah bersedia. Kerja-kerja memastikan permukaan ais berada pada tahap terbaik sedang dilakukan. Kerja-kerja melicinkan lagi permukaan ais masih berlangsung dan dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini.....