SUKAN › BERITA





Kelantan Dapat Pengurangan Denda Tiga Mata


Tarikh kemaskini: 19/06/2017

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menerima rayuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk meringankan denda pemotongan mata dikurangkan kepada tiga berbanding enam mata sebelum ini.

FMLLP, bagaimanapun mengekalkan sekatan perpindahan pemain untuk jendela kedua ekoran KAFA gagal memenuhi kriteria yang diperlukan.

FMLLP dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan keputusan mengurangkan denda itu dibuat berdasarkan kesungguhan KAFA melengkapkan pendaftaran pasukan dengan mengemukakan pelan pembayaran untuk jumlah yang tertunggak.....