SUKAN › BERITA





Piala Dubai: Malaysia Dan China Seri 1-1


KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Malaysia dan China terikat 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Bawah 23 Tahun (B-23) Piala Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.

Penyerang Felcra FC, N.Thanabalan muncul penyelamat skuad bimbingan Frank Bernhardt apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90 selepas China mendahului pada minit ke-68 menerusi jaringan Yao Jun Sheng.

Malaysia akan bertemu Arab Saudi pada Khamis ini, sebelum sebelum menamatkan aksi kumpulan menentang Jordan pada Ahad.....