SUKAN › BERITA





Nicol, Delia Mara Ke Separuh Akhir Kejohanan Individu Asia


KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David terus menampilkan permainan cemerlang selepas mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Individu Asia 2015 di Kuwait.

Nicol, pilihan pertama menewaskan pilihan ketujuh, Liu Tsz Ling dari Hong Kong; 11-6, 11-3 dan 11-7 dalam perlawanan suku akhir, pada Ahad yang diadakan di Kompleks Skuasy Antarabangsa Sheikh/Salem Al-Sabah.

Pemain berusia 31 tahun, berasal dari Pulau Pinang itu yang juga juara Asia lapan kali, akan bertemu pilihan keempat, Joshana Chinappa dari India pada saingan separuh akhir, hari ini.....