•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA




Sukan: Skuad Lebuh Raya Bolot Enam Emas


PUTRAJAYA, 21 Sept (Bernama) -- Skuad berbasikal lebuh raya para negara meraih enam daripada tujuh pingat emas yang dipertandingkan pada hari terakhir acara berbasikal lebuh raya Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Dengan tambahan enam pingat emas hari ini, kem berbasikal lebuh raya meraih 10 pingat emas daripada 14 yang ditawarkan untuk acara itu.

Enam kategori yang menyumbang emas acara lebuh raya lepas beramai-ramai hari ini adalah kategori (C4, (C5), (H1-H5), (C1,C2, C3) dan (B) lelaki manakala satu disumbangkan menerusi kategori (B) wanita.

Penyumbang pingat emas negara terdiri daripada Mohd Najib Turano (C4), Zuhairie Ahmad Tarmizi (C5), Lim Tao Keong (H1-H5), Mohamad Syazwan Roshdi (C1, C2, C3), Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (B) wanita dan Aiman Asyraff Ahmad Bajuri (B) lelaki.

Secara keseluruhan skuad berbasikal meraih 22 daripada keseluruhan 26 pingat emas yang dipertandingkan dalam acara berbasikal trek dan lebuh raya.

-- BERNAMA