•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA




Malaysia Jumpa Thailand Final Acara Kejar Mengejar Malam Ini


NILAI, 29 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan berentap dengan Thailand pada final acara kejar mengejar berpasukan selepas skuad berbasikal negara mencatatkan masa terpantas pada pusingan kelayakan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Velodrom Nasional di sini hari ini.

Skuad lelaki negara terdiri daripada Eiman Firdaus Mohd Zamri, Irwandie Lakasek, Mohd Nur Aiman Mohd Zariff dan Mohd Afiq Huzni Othman merakamkan masa 4 minit 09.999s, sekali gus memadam rekod kebangsaan 4:14.359s yang dicipta oleh meraka di Kejohanan Asia (ACC) di New Delhi, Februari lalu.

Skuad negara itu akan berentap dengan Thailand untuk emas pada malam ini manakala Indonesia bertemu dengan Singapura untuk pingat gangsa.

Thailand, diwakili Sarawut Sirironnachai, Yuttana Mano, Thurakit Boonratanathanakorn dan Navuti Liphongyu mencatatkan masa of 4:15.441s untuk menduduki tangga kedua daripada lima pasukan pada saingan kelayakan itu.

Indonesia pula melakar catatan masa 4:28.631s untuk tempat ketiga manakala Singapura di tempat keempat dengan masa 4:35.246s.

-- BERNAMA