•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA




KL2017: Malaysia Raih Pingat Perak Badminton Beregu Campuran


KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai meraih pingat perak selepas tewas kepada Thailand pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini.

Pingat emas menjadi milik beregu nombor lapan dunia, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai selepas menundukkan gandingan negara, 21-15, 22-20 di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini.

Satu lagi beregu negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See berkongsi gangsa bersama pemain Thailand, Bodin Isara-Savitree Amitrapai.

Terdahulu, Peng Soon-Yee See tewas kepada Dechapol-Sapsiree 16-21, 21-18, 21-23 manakala Soon Huat-Shevon menang ke atas Bodin-Savitree 18-21, 26-24, 21-18 pada Isnin.

-- BERNAMA