•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA




Hafizuddin Pertahan Pingat Emas Perseorangan


KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Atlet petanque negara, Muhammad Hafizuddin Mat Daud berjaya mempertahankan pingat emas acara perseorangan lelaki dalam temasya Sukan SEA untuk dua kali berturut-turut.

Dalam acara yang berlangsung di Arena Petanque KL, Pusat Rekreasi Pudu Ulu, Muhammad Hafizuddin menewaskan pemain Thailand, Kiatkong Tanong 13-7 dalam perlawanan akhir.

Terdahulu dalam saingan separuh akhir, beliau terpaksa berhadapan saingan sengit Sok Chanmean dari Kemboja dengan 13-10 untuk menempah tempat di peringkat akhir.

Sementara pingat gangsa acara itu dimenangi Sok Chanmean dan Son Khop dari Vietnam.

Dalam acara perseorangan wanita pula, hasrat Suhartisera Zamri untuk mara ke final tidak kesampaian apabila tewas 2-13 kepada Uraiwan Hiranwong dari Thailand dalam separuh akhir.

Pingat emas menjadi milik Nguyen Thi Thi dari Vietnam selepas menang tipis 13-12 ke atas Nguyen Thi Thi dari Vietnam.

Nguyen Thi Thi terdahulu menempah tiket ke final dengan mengalahkan Un Sreya dari Kemboja 13-5 dalam saingan separuh akhir.

-- BERNAMA