•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA




Qabil Ambak Terajui Malaysia Raih Pingat Emas Dressage Berpasukan


KUALA LUMPUR, 22 Ogos Bernama) -- Atlet Malaysia menyumbangkan emas pertama mereka di dalam acara dressage berpasukan petang ini di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Ekuestrian 3Q di Rawang, Selangor.

Pasukan dressage negara terdiri daripada Edric Lee Chin Hon, Quek Sue Yian, dua adik-beradik Quzandria Nur dan Qabil Ambak Mahamad Fatil mengumpul 210.947 mata untuk memastikan emas milik Malaysia.

Qabil Ambak dengan kudanya Walkuere, menduduki tempat teratas dalam pasukan Malaysia mengutip 73.053 mata.

Markah dikira berdasarkan tiga catatan masa terbaik.

Pasukan Thailand yang dianggotai Puteri Sirivannavari Nariratana Vajiralongkorn memperoleh perak dengan 206.211 mata dan Singapura mencatat 201.289 mata membawa pulang gangsa.

-- BERNAMA