•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA




KL2017: Pasukan Recurve Campuran Malaysia Raih Perak, Emas Milik Indonesia


KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pasukan memanah recurve campuran Malaysia meraih pingat perak selepas persaingan sengit menentang Indonesia pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini.

Gandingan Khairul Anuar Mohamad dan Nur Aliya Ghapar tewas 3-5 kepada juara bertahan Indonesia yang diwakili Diananda Choirunisa dan Riau Ega Agata Salsabilla untuk emas dalam perlawanan di Padang Sintetik, Majlis Sukan Negara (MSN) di sini.

Secara keseluruhan, skuad memanah negara meraih lima emas, tiga perak dan dua gangsa pada Sukan SEA edisi-29 ini.

Pingat gangsa acara berpasukan campuran itu menjadik milik Vietnam melalui Chu Duc Anh dan Thi Phuong Nguyen.

-- BERNAMA