•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA




KL2017: Daniel Lim Antara Perenang Malaysia Dalam Empat Final Malam Ini


KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Perenang Malaysia melayakkan diri ke pertandingan akhir empat acara renang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Akuatik Nasional di sini malam ini.

Daniel Lim Jun Liang dengan catatan masa 2 minit 19.72 saat menamatkan persaingan di tempat kedua saringan 200m kuak lentang hari ini, melayakkannya menduduki tempat kelima untuk ke final acara itu.

Phee Jinq En dan rakan sepasukan Erika Kong Chia Chia turut layak ke final 50m kuak dada wanita.

Jinq En menempah tiket ke final selepas melakukan catatan masa 32.21s di peringkat saringan yang melayakkannya menduduki tempat kedua manakala Erika dengan masa 32.50s menduduki tempat keempat untuk ke final.

Tia'a Faang Der pula layak ke final 200m kuak kupu-kupu lelaki selepas menduduki tempat kedua dengan masa 2:02.67s di peringkat saringan.

Kuartet Malaysia turut layak ke final 4x100m gaya bebas lelaki.

-- BERNAMA