SUKAN › SENARAI BERITA

ALOR SETAR, 11 Nov (Bernama) -- Beberapa pemain pasukan Kedah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini berhubung dakwaan rasuah, menjual permainan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Shah Alam pada 4 Nov lepas.


LANGKAWI, 11 Nov (Bernama) -- Pilihan utama Ironman Langkawi 2017 kategori profesional wanita, Diana Riesler sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya menjuarai kejohanan tersebut buat kali keempat.


KOTA BHARU, 11 Nov (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengekalkan sebahagian besar pemain pasukan Kelantan musim ini bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.


Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

BURIRAM, 11 Nov (Bernama) -- Selepas dibelasah Korea Utara 1-4 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 semalam, ketua jurulatih skuad kebangsaan Nelo Vingada kini dihantui tekanan susulan beberapa siri kekalahan sejak mengemudi Harimau Malaya Mei lepas.


KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mempamerkan aksi hebat untuk meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu wanita pada Kejohanan FINA Grand Prix (GP) Australia di Puast Akuatik Gold Coast, Australia, hari ini.


KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan 4-1 skuad Harimau Malaya dengan Korea Utara dalam aksi Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, Thailand, semalam.


KANGAR, 11 Nov (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) merancang menghidupkan semula liga bola sepak negeri pada awal tahun depan dalam usaha mencungkil bakat-bakat baharu.