SUKAN › SENARAI BERITA

SEPANG, 19 Nov (Bernama) -- Tujuh pendayung kayak negara mencatat rekod sebagai anak Malaysia pertama yang berjaya berkayak merentasi Sungai Nil sejauh 200 kilometer dari Aswan ke Luxor, Mesir.


KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter De Roo memilih untuk berdiam diri ketika diminta mengulas keputusan satu mesyuarat khas FAM berhubung prestasi buruk pasukan kebangsaan ketika ini.


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) membuat persiapan awal dalam usaha meraih lebih banyak kejayaan dalam Liga Malaysia musim depan, dengan mendapatkan khidmat dua pemain muda Adam Nor Azlin dari Selangor dan Mohamed Syamer Kutty Abba dari Pulau Pinang.


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) tidak mahu meletakkan sasaran tinggi pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018 yang akan berlangsung pada April, berikutan bakal kehilangan khidmat dua pemain berpengalaman.


PETALING JAYA, 17 Nov (Bernama) -- Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter De Roo bersetuju dengan keputusan ketua jurulatih Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Bojan Hodak untuk tidak membenarkan pemainnya diserap terlalu awal ke dalam skuad senior kebangsaan.


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Misi memburu kejuaraan pertama selepas lapan bulan tidak kesampaian buat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei apabila tersingkir di suku akhir Terbuka China hari ini.


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal mengekalkan prestasi cemerlang pada kejohanan Terbuka Hong Kong apabila tumpas pada saingan suku akhir, hari ini.