SUKAN › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ketika skuad bola sepak kebangsaan dikritik hebat susulan dua kekalahan pada aksi menentang Korea Utara pada Isnin lepas yang mengakibatkan anak buah Nelo Vingada gagal melepasi pusingan Kelayakan Piala Asia 2019, pelbagai cadangan dilontarkan untuk mengembalikan semula maruah bola sepak negara antaranya menggunakan pemain naturalisasi.


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Idea untuk memecat atau menggantikan jurulatih setiap kali pasukan negara mengalami prestasi buruk perlu dikaji dengan lebih mendalam, kata Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar.


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ratu terjun negara, Pandelela Rinong bersedia bergandingan dengan mana-mana atlet terjun dalam misi menambah kilauan pingat di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan.


KUALA LUMPUR, 15 (Bernama) -- Pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei melepasi perlawanan pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka China hari ini dalam masa hanya 26 minit.


SEPANG, 14 Nov (Bernama) -- Penjaga gol skuad Harimau Malaya, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mengakui masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaikinya bagi menghadapi mana-mana perlawanan di peringkat antarabangsa selepas ini.


SEPANG, 14 Nov (Bernama) -- Jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada menyifatkan kesukaran mengumpul pemain yang memenuhi kriterianya merupakan halangan utama dalam membentuk sebuah pasukan yang berjaya pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019.


KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- SportsFix, penyedia platform penstriman mudah alih terkemuka di ASEAN, terus memperluaskan senarai liputan kejohanan bola sepak antarabangsa yang bakal menemui peminat bola sepak di negara ini, dengan memperkenal Liga Serie A secara langsung menerusi dalam talian.