SUKAN › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Atlet luncur ais Malaysia Julian Yee yang membuat penampilan sulung negara dalam Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan hari ini, gagal mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki acara itu.


KOTA BHARU, 15 Feb (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memecat ketua jurulatih, Sathit Bensoh, selepas skuad The Red Warriors (TRW) tercorot dalam tangga Liga Super selepas mengharungi tiga perlawanan pertama musim ini.


KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Pasukan kriket kebangsaan mempunyai misi untuk kembali beraksi dalam kancah Divisyen 3 Liga Kriket Dunia (WCL 3) selepas mengalami penurunan liga pada tahun lepas.


KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Rekod buruk pembayaran hadiah wang tunai untuk beberapa perlumbaan berbasikal yang dianjurkan di negara ini menjadi antara punca Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tidak membenarkan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 ditambah kepada 10 peringkat, sekali gus kekal dengan lapan peringkat.


JOHOR BAHRU, 14 Feb (Bernama) -- Beraksi di laman sendiri memberi kelebihan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila membenam wakil dari Indonesia, Persija Jakarta 3-0 dalam saingan Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini, malam ini.


SEPANG, 14 Feb (Bernama)-- Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin yang bakal membuat penampilan sulung dalam perlumbaan kelas Moto2 musim 2018 bersama SIC Racing Team, percaya beliau berada dalam pasukan terbaik untuk berdepan saingan perlumbaan yang mencabar musim ini.


SEPANG, 14 Feb (Bernama) -- Juara ujian masa Individu Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) Norhasmat Abdul Aziz berhasrat menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2018 bagi mengembangkan kariernya dalam acara berbasikal.