SUKAN › SENARAI BERITA

ALOR SETAR, 24 Jan (Bernama) -- Pengendali Kedah dari Sepanyol, Ramon Marcote akan membuat analisa terbaik terhadap pasukan pada ujian perlawanan persahabatan bertemu kelab dari Thailand, Suphanburi FC yang dijadual berlangsung malam ini.


KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Hasrat juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tidak kesampaian setelah tewas 2-5 kepada wakil Thailand, Muangthong United pada pusingan kelayakan kedua di Bangkok, malam ini.


ALOR SETAR, 23 Jan (Bernama) -- Walaupun dilihat berada dalam kumpulan selesa, skuad negara belum mempunyai jaminan mendapat laluan mudah pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018, bulan depan.


KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Selain bertanggungjawab merencanakan strategi perlawanan menakjubkan, ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee turut mempunyai 'aura' tersendiri dalam memastikan pasukannya kekal positif sepanjang Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di China, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Tiada alasan bagi atlet Program Podium untuk tidak menyerlah kerana Institut Sukan Negara (ISN) sudah mewujudkan satu ekosistem berprestasi tinggi yang harus dimanfaatkan mereka.


KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Penjaring tunggal ketika skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara melakar kejutan menewaskan Arab Saudi 1-0 pada Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 tempoh hari, Muhammad Danial Amier Norhisham tidak mahu hanyut dengan populariti sebaliknya ingin berusaha keras mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan Felda United.


KLANG, 23 Jan (Bernama) -- Chef de Mission Sukan Komanwel Huang Ying How yakin skuad boling padang negara mampu menambah baik kutipan pingat mereka pada temasya Sukan Komanwel Gold Coast yang akan berlangsung dari 4 hingga 15 April nanti.