POLITIK › BERITA




Najib Pengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Malam Ini


Tarikh kemaskini: 03/01/2018


KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Antara yang hadir Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong; Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup dan Pengerusi MyPPP, Tan Sri M. Kayveas.

Najib sebelum itu melancarkan theRakyat, sebuah portal khas BN bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang mengandungi pelbagai maklumat termasuk mengenai manifesto dan calon BN.

-- BERNAMA