POLITIK › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk M. Saravanan hari ini berkata beliau bersedia untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Tapah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Pembahagian kerusi Parlimen Sarawak dalam pakatan harapan yang menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) telah selesai sepenuhnya, kata Presiden Amanah yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan Mohamad Sabu.


KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Pakatan Harapan sebagai sebuah pertubuhan yang sah sebenarnya tidak wujud, sebaliknya hanyalah sebuah "Pakatan Wayang " yang menyaksikan pakatan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan empat parti pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.


KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata sebenarnya DAP ialah parti yang mendominasi dan memegang kuasa terbesar dalam pakatan empat parti pembangkang yang dipimpin pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.


KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- PAS dijangka bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Penerangan PAS pusat Nasrudin Hassan.


SEREMBAN, 17 Jan (Bernama) -- UMNO Negeri Sembilan telah mengemukakan lima nama daripada setiap bahagian untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan parti sebagai calon pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.


SEMPORNA, 17 Jan (Bernama) -- UMNO Semporna yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahan kesemua kerusi di parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) biarpun dijangka berdepan saingan daripada bekas pemimpin parti yang berpaling tadah.