POLITIK › SENARAI BERITA

NIBONG TEBAL, 22 Jun (Bernama) -- UMNO Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng memperincikan bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa empat kali ganda lebih mahal.


KUCHING, 21 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengekalkan tidak kurang 80 peratus daripada anggota parlimennhya sekarang bagi pilihan raya umum ke-14, kata setiausaha BN negeri, Datuk Stephen Rundi Utom.


KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Dengar, selidik dan cari jalan penyelesaian. Itu antara tiga pendekatan yang digunakan Barisan Nasional (BN) dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen Segambut daripada pembangkang.


KOTA KINABALU, 21 Jun (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata semua anggota parti perlu terus memperkukuhkan hubungan terutamanya dalam menghadapi perjuangan politik yang amat mencabar pada ketika ini.


Oleh ZAINAL

KANGAR, 21 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yakin Perlis mampu menyumbang semua tiga kerusi parlimennya kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, seperti yang diyakini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Mengingatkan anggota UMNO di semua peringkat agar tidak mudah alpa, Ketua Penerangan parti Tan Sri Annuar Musa mahu mereka melipatgandakan usaha memerangi fitnah, ugutan serta perang saraf yang datang dalam pelbagai bentuk dan jenis saluran media.


KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) telah menghantar senarai nama calon yang berpotensi bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.