BERNAMA › BERITA




'Arwah Afini Seorang Yang Aktif Memanah' - Ibu Saudara


Tarikh kemaskini: 13/02/2018



SEREMBAN, 13 Feb (Bernama) -- "Arwah seorang yang sangat aktif dalam sukan memanah," kata ibu saudara Nur Afini Roslan, 14, pelajar yang maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas di sini, hari ini.

Beliau yang enggan dikenali ketika ditemui pemberita di perkarangan unit forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) berkata kali terakhir berjumpa dengan anak saudaranya itu adalah sekitar Disember lepas.

Difahamkan insiden tersebut berlaku ketika anak saudaranya sedang menjalani latihan kawad di padang sekolah, sempena hari sukan sekolah yang berlangsung esok.

"Arwah dan adik-beradiknya yang lain sangat aktif bersukan dan pernah mewakili Pahang dalam sukan memanah. Walaupun sudah berpindah sekolah dari Kuantan, Pahang ke Gemas awal tahun ini, dia masih aktif dengan sukan itu malah kini bapanya sendiri yang menjadi jurulatih," katanya dan difahamkan arwah adalah cucu saudara Rabuan Pit (bekas atlet olahraga).

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Nur Afini, anak keempat daripada lima beradik maut, manakala dua cedera iaitu Abdullah Hazlan, 14, pelajar Tingkatan Dua dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, pelajar Tingkatan Satu sekolah itu.....