BERNAMA › BERITA




Malaysia, China, Indonesia, Korea Selatan Layak Ke Separuh Akhir


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

ALOR SETAR, 9 Feb (Bernama) -- Malaysia akan menentang juara bertahan Piala Thomas, China manakala Indonesia akan berjumpa Korea Selatan pada saingan separuh akhir Kejohanan Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim di sini esok.

Pada saingan suku akhir hari ini, China menerima kejutan awal apabila pemain nombor lima dunia, K. Srikanth menyumbang mata pertama kepada India dengan mengalahkan Shi Yuqi, pemain nombor tujuh dunia, 14-21, 21-16, 21-7.

India, bagaimanapun, gagal mengekalkan rentak apabila beregu utamanya, R. Satwiksairaj/S. Chirag, beregu nombor ke-25 dunia, tewas kepada beregu nombor 41 dunia, He Jiting/Tan Qiang 17-21, 18-21.

China kemudian mendahului saingan apabila pemain perseorangan, Qiao Bin, pemain nombor 26 dunia, mengejutkan pemain nombor 17 dunia, SB Praneeth 9-21, 21-11, 21-17.

Beregu ke-51 dunia, Hang Chengkai/Zhou Haodong menyumbang mata kemenangan China apabila menyingkirkan beregu ke-30 dunia, A.Manu/RB Sumeeth 14-21, 21-19, 21-14.....