BERNAMA › BERITA




Rumah Mikro Kini Di Kuala Lumpur


Tarikh kemaskini: 09/02/2018


Oleh Ratcharathan Rawe Shanggar

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Adakah anda pernah berfikir untuk tinggal di dalam rumah berkeluasan 32.5 meter persegi atau dalam perkataan lain digelar kehidupan komunal? Jika ya, maka anda patut melawat Medan Pasar, di sini untuk merasai pengalaman berada di dalam prototaip perumahan abad ke-21 ini.

Dua rumah mikro, yang saiznya sama dengan dua ruang parkir kereta dilengkapi dapur dan bilik air telah dibangunkan dan dipamerkan untuk orang ramai merasai pengalaman konsep kehidupan komunal.



Rumah mikro itu merupakan hasil ujikaji sosial Think City Sdn Bhd bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersempena dengan Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9), untuk melihat sama ada kehidupan komunal boleh dibangunkan dan sama ada rakyat Malaysia terbuka terhadap idea ini.

Pengurus program ini, Joanne Mun berkata kedua-dua rumah mikro itu, masing-masing berukuran 24.5 meter persegi dan 29.7 meter persegi dibuka kepada orang ramai pada Rabu dan dilawati lebih 1,000 pengunjung setakat ini

"Konsep reka bentuk setiap unit dibangunkan daripada cadangan reka bentuk yang dihantar. Sembilan pereka bentuk dan jurubina tempatan dengan portfolio pengalaman perumahan yang sama dijemput dan hanya enam terlibat.

"Dua reka bentuk yang digemari dipilih Panel Ulasan Reka Bentuk dan masa tiga minggu diambil untuk memasang rumah mikro ini," katanya kepada Bernama di Medan Pasar di sini.....