BERNAMA › BERITA




Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunannya hari ini berbanding dolar AS apabila lebih ramai pelabur beralih ke arah mata wang selamat itu ekoran kebimbangan yang semakin meningkat terhadap prestasi ekonomi global yang tidak menentu, kata para peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan ditutup pada 3.9370/9410 berbanding dolar AS daripada 3.9245/9275 pada Khamis.

Seorang peniaga berkata dolar AS rendah sedikit berbanding beberapa mata wang utama meskipun Senat Amerika Syarikat telah meluluskan bajet termasuk rang undang-undang pembiayaan kerajaan, kerana langkah yang diambil itu sudah terlalu lewat untuk menghalang penutupan operasi kerajaan persekutuan.



"Kebanyakan pelabur memutuskan untuk menjual pegangan sedia ada daripada membeli pegangan baharu kerana mereka mahu mengurangkan pendedahan risiko semasa peningkatan keadaan tidak menentu," katanya.

Ringgit juga ditutup kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.....