BERNAMA › BERITA




Nexus Produktiviti Peruncitan Dan Makanan & Minuman Melancarkan Tiga Program Perdana Yang Mensasarkan Pertumbuhan Produktiviti Buruh Sebanyak 7.2% Bagi Mencapai Sasaran Produktiviti Negara Iaitu RM92,300 Pada 2020


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Nexus Produktiviti ingin menjayakan inisiatif untuk meningkatkan produktiviti modal insan negara di mana inisiatif ini akan di dahului oleh Produktiviti Nexus Peruncitan dan Makanan & Minuman. Ia mensasarkan pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 7.2% bagi subsektor peruncitan dan makanan & minuman untuk mencapai sasaran produktiviti negara iaitu RM92,300 pada tahun 2020. Perkara ini diumumkan semasa majlis perasmian Program Perdana yang telah diadakan di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 8 Feb 2018.

Menerusi program ini, platform yang dipacu oleh sektor swasta dan disokong oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mensasarkan untuk memperkasakan persatuan-persatuan industri menjadi ejen perubahan yang penting di dalam pembangunan ekonomi negara. Ini kerana, penyatuan persatuan-persatuan industri melalui platform nexus produktiviti akan memperkukuhkan jaringan hubungan industri bagi menghubungkan enterpris dengan pakar-pakar industri dalam bidang berkaitan. Majlis ini dirasmikan oleh YBhg Dato' Dr Mohd Ghazali Bin Abas, Ketua Setiausha Kementerian Sumber Manusia mewakili Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Sri (Dr) Richard Riot Anak Jaem.

For the full text, click here..
.
.
.....