BERNAMA › BERITA




SPR Selesai Siasatan Tempatan Syor Kajian Semula Persempadanan


Tarikh kemaskini: 14/01/2018


Tan Sri Mohd Hashim Abdullah (Gambar fail Bernama)

PUTRAJAYA, 14 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah selesai menjalankan siasatan tempatan kali pertama berhubung bantahan terhadap Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi negeri Selangor, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata sebanyak 116 representasi bantahan yang layak telah dijemput hadir bagi mendengar dengan lebih lanjut bantahan mereka pada sesi siasatan yang diadakan pada 27 Dis hingga 9 Jan lepas itu.

Menurutnya, SPR telah menimbang semua representasi bantahan yang diterima daripada pihak-pihak yang layak dan turut menilai bantahan bertulis yang telah difailkan oleh pembantah yang gagal hadir ke sesi siasatan tempatan tersebut sebelum membuat apa-apa perubahan terhadap syor persempadanan bagi negeri Selangor.

Berikutan itu, SPR akan mempamerkan Notis Syor-Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Dalam Negeri Selangor sebagaimana yang telah dikaji semula oleh SPR Dalam Tahun 2018 selama sebulan bermula Isnin ini hingga 14 Feb depan di tempat-tempat yang dinyatakan di dalam notis yang akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada 15 Jan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hashim berkata notis untuk tujuan semakan dan bantahan bagi kali kedua itu juga akan disiarkan di laman portal rasmi SPR pada tarikh berkenaan.....