BERNAMA › BERITA




Pasukan Eropah Pertahan Kejuaraan, Pasukan Asia Beri Saingan Sengit


Tarikh kemaskini: 14/01/2018



SHAH ALAM, 14 Jan (Bernama) -- Pasukan Eropah yang diterajui Thomas Bjorn berjaya mengatasi cabaran sengit pada pusingan akhir Piala EurAsia 2018 untuk mengenepikan Pasukan Asia sekaligus mempertahankan gelaran bagi kali kedua berturut-turut di Glenmarie Golf and Country Club, di sini hari ini.

Pasukan Eropah yang bangkit daripada ketinggalan satu mata selepas dua hari kejohanan, menambah lapan setengah mata daripada acara perseorangan hari ini untuk mancatat keseluruhan 14 mata untuk merangkul piala yang disumbangkan oleh DRB-Hicom dengan kelebihan empat mata.

Dalam pusingan akhir hari ini, Pasukan Asia berjaya menambah tiga setengah mata untuk mengumpul sejumlah 10 mata bagi saingan selama tiga hari.

"Saingan dalam beberapa hari ini begitu hebat, acara seperti ini setiasa lebih depat daripada kadang-kadang anda fikirkan, dan itu memang baik apabila mengetahuibnya."

"Apabila anda turun sebagai satu pasukan, anda perlu bertarung. Anda beraksi untuk kumpul beberapa mata pada dua hari pertama dan kemudian bersaing untuk mengutip banyak mata pada Ahad. Anda boleh membuat pukulan yang baik pada hari terakhir dan kami membuktikan hari ini bahawa jika anda menunjukkan prestasi baik dan mantap pada hari Ahad, anda boleh menang," kata pemain berusia 46 tahun itu yang telah meraih 15 gelaran Jelajah Eropah.

Pemain Denmark yang akan mengetuai Pasukan Eropah pada Piala Ryder berkata bahawa 12 pemain mempunyai potensi untuk dipilih dalam pasukan.....