BERNAMA › BERITA




Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Situasi Semasa Demam Denggi, Zika Dan Chikungunya Di Malaysia


Tarikh kemaskini: 07/12/2017

(Bagi Minggu 48/2017 dari 26 November hingga 2 Disember 2017)

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Bagi menghalang kejadian kes Denggi meningkat pada penghujung tahun seperti tahun sebelum ini, kebersihan persekitaran adalah menjadi keutamaan semua masyarakat. Ketiadaan tempat nyamuk untuk membiak boleh mengurangkan populasi nyamuk Aedes seterusnya mengurangkan penyebaran virus Denggi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga dipohon untuk meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan Denggi serta memastikan kutipan sampah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di kawasan pengurusan mereka. Penglibatan komuniti untuk menjalankan aktiviti 'cari dan musnah' tempat pembiakan Aedes setiap minggu akan dapat meningkatkan kebersihan persekitaran di tempat mereka.

Pada minggu ke 48 iaitu dari 26 November hingga 2 Disember 2017, kes Denggi terus menunjukkan penurunan. Pengurangan sebanyak 129 kes (13.4%) dicatatkan di mana 832 kes Demam Denggi telah dilaporkan pada tempoh tersebut berbanding 961 kes direkodkan pada minggu sebelumnya. Jumlah kumulatif kes Demam Denggi sehingga 2 Disember 2017 adalah sebanyak 79,855 kes berbanding 95,665 kes pada tahun 2017, penyusutan sebanyak 15,810 kes (16.5%).

For the full text, click here..
.
.
.....