BERNAMA › BERITA




6th Global Summit On Urban Tourism (6TH GSUT) "Sustainable and Competitive Tourism on The New Urban Agenda"


Tarikh kemaskini: 04/12/2017

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Majlis Perasmian 6th Global Summit On Urban Tourism (6th GSUT) telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta disaksikan oleh H.E. Dr Taleb Rifai, Setiausaha Agung UNWTO; H.E. Dr. Joan Clos, Pengarah Eksekutif UN-Habitat dan YBhg. Tan Sri Hj. Mhd. Amin Nordin Bin Abd. Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pagi ini.

Edisi keenam penganjuran GSUT ini teleh menyaksikan Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah oleh UNWTO sebagai bandar raya pertama di Asia untuk menjadi tuan rumah. Penganjuran GSUT yang pertama telah diadakan di Istanbul, Turki pada tahun 2012 dengan tema "Catalyzing Economic Development and Social Progress". Berdasarkan kejayaan persidangan tersebut, UNWTO telah menganjurkan 4 lagi siri iaitu di Moscow, Rusia dengan tema "Implementing Innovative Strategies to Enhance Competitiveness and Business Development" pada tahun 2013, diikuti dengan Barcelona, Sepanyol pada tahun 2014 dengan tema "New Paradigm in City Tourism Development", seterusnya di Marrakesh, Maghribi dengan tema "Re-inventing City Tourism" dan pada tahun 2016, persidangan ini telah diadakan di Luxor, Mesir dengan tema "Cities: Local Culture for Global Travelers".

For the full text, click here..
.
.
.....