BERNAMA › BERITA




Panglima Medan Barat Tentera Darat Dahului Penerima Darjah Kebesaran Kelantan


Tarikh kemaskini: 11/11/2017


KOTA BHARU, 11 Nov (Bernama) -- Panglima Medan Barat Tentera Darat Left Jen Datuk Azizan Md Delin mengetuai senarai 624 penerima darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai bersempena ulang tahun ke-48 Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di sini hari ini, Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada penerima.

Azizan merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang membawa gelaran Datuk.

Tiga individu dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) membawa gelaran Datuk, didahului Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Zawawi Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad dan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan Datuk Nik Kazim Nik Yusoff.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Prof Dr Aini Ideris dan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasanah Ab Hamid masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Tiga individu dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) membawa gelaran Datuk, didahului Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Anggota Dewan Undangan Negeri Gual Periuk Mohamad Awang, dan Ahli Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Wan Hassan Wan Muhammad.

Pengerusi Eksekutif JL99 Group Datuk Seri Lee Boon Kiat, Peguambela dan Peguamcara Sunil Abraham, dan Ahli Perniagaan Tan Ah Chio pula dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) membawa gelaran Datuk.

Lima individu dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) membawa gelaran Datuk, didahului Panglima Markas 2 Divisyen Kem Tun Razak Mejar Jen Datuk Mohd Ramli Jaafar, Panglima Markas Briged Arteleri Roket Kem Perdana Sungai Besi Brig Jen wee Han Siew, Juruiring Tentera Darat Kepada Yang di-Pertuan Agong XV, Brig Jen Mohd Zulkipli Mohd Zahir, Juruiring Tentera Udara Kepada Yang di-Pertuan Agong XV, Brig Jen Muhammad Tarminzi Mustapa, dan Asisten Ketua Staf Bahagian Pentadbiran Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Kamarulzaman Jusoh.

Panglima Markas 8 Briged Kem Pengkalan Chepa Brig Jen Nazari Abd Hadi dan Juruiring Tentera Laut Kepada Yang di-Pertuan Agong XV, Laksamana Pertama Sharum Shaim pula dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) membawa gelaran Datuk.

Seramai 12 individu dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK), dan mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Syed Md Hasrin Tengku Hussin@Syed Hussin, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Dr Mohd Gazali Abas, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Suhaimi Mamat, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Yahya Mamat, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Fazam Mat Lazim dan Pakar Bedah Kardiothorasik Jabatan Surgeri Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Prof Dr Mohamad Ziyadi Ghazali.

Penerima lain ialah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kelatan Abu Bakar Abdullah Kutty, bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Jaafar Ismail, Pengarah Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan Datuk Dr Aminuddin Hassim, Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Prof Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Jabatan Kerja Raya Kelantan Ir Razani Ab Lazid, dan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Dr Mazlan Ismail.

Tujuh penerima dikurniakan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK) membawa gelaran Datuk, dan mereka ialah Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Zullkifli Yahya, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, Juruiring Polis Kepada Yang di-Pertuan Agong XV SAC Che Yussof Che Ngah, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil SAC Mohd Sakri Arifin, Pengarah Kastam Negeri Kelantan Mohd Nasir Yusoff, Ketua Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia SAC Mokhtar Mohd Noor, dan Pengarah Pengurusan Banduan Penjara Malaysia Nordin Muhamad.

Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK) membawa gelaran Datuk.

Seramai tiga individu dikurniakan Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (PMK), tujuh orang dianugerahkan Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK), seorang dikurniakan Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK), 41 orang menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK).

Selain itu, empat orang menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (PJK), 62 orang dikurniakan Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK), 17 orang menerima Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Yang Amat Setia (BJK), 48 orang dikurniakan Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK), dan enam orang menerima Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (AJK).

Sementara itu, seramai 48 orang menerima Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK), 51 orang menerima Bintang Seri Kelantan (SK), 92 orang menerima Bintang Ahli Kelantan (AK), 60 orang menerima Pingat Bakti (PB), 55 orang menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS), 59 orang menerima Pingat Ta'at (PT), 19 orang menerima Pingat Perangai Baik (PPB), tiga orang menerima surat kepujian dan sembilan orang dilantik sebagai Jaksa Pendamai (JP).

-- BERNAMA