BERNAMA › BERITA




Gol Pertama Matikan Tumpuan Kami, Kata Vingada


Tarikh kemaskini: 11/11/2017

Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

BURIRAM, 10 Nov (Bernama) -- Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Nelo Vingada tidak menyembunyikan kekecewaannya apabila anak buahnya tewas mudah 1-4 kepada Korea Utara dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia di Stadium i-mobile, di sini ,malam ini.

Jurulatih dari Portugal itu menyalahkan gol pertama Korea Utara, satu sepakan penalti yang diberikan pengadil selepas bola terkena tangan ketua pasukan Fadhli Shas, sebagai satu punca kekalahan Harimau Malaya.

"Ketinggalan satu gol di awal permainan adalah tidak bagus kerana ia menggoyahkan keyakinan pemain dan ini dapat dilihat pada pemain,"beliau memberitahu satu sidang media selepas perlawanan itu di stadium itu di sini.

Menurut beliau anak buahnya berada dalam keadaan tertekan apabila Korea Utara yang semakin berani selepas mendapat gol sulungnya dan meneruskan tekanan dan kesungguhan mereka menghasilkan gol kedua.

Vingada yang kekal optimis dengan kemampuan pemainnya berkata, keadaan menjadi lebih sukar apabila Korea Utara mendapat gol ketiga dua minit selepas rehat, membuatkan usaha skuad negara mendapatkan kembali rentak permainan menjadi sukar.....